Saturday, March 7, 2009

Aktiviti Semasa: Mac 2009



Gerakan Belia 4B TGJ telah menghantar 2 pasukan futsal remaja yang terdiri daripada pelajar berumur dari 15 thn ke 18 thn menyertai Kejohan Futsal Terbuka Figos yang bertempat di D'Futsal Centre, Kangar. Kejohanan ini adalah sebahagian daripada "drill' bagi mendedahkan mereka di kejohanan elit agar mereka lebih bersedia dan berpengalaman. Kedua - dua pasukan gagal melayakkan diri ke pusingan kedua, tetapi kejituan, semangat serta disiplin mereka harus dipuji. Kejohanan yang berlangsung pada 7 & 8hb Mac 2009 adalah kejohanan pertama disertai oleh Belia TGJ.

Minggu hadapan mereka akan beraksi lagi tetapi kali ini dengan pasukan yang setanding mereka di Kejohanan Futsal Terbuka Harian Metro, peringkat Zon Utara yang juga diadakan di D'Futsal Centre, Kangar. Dua pasukan juga dihantar kali ini iaitu Belia 4b TGJ A & B dalam kategori remaja bawah 17 tahun dan diharap mereka akan beraksi dengan lebih baik pada kali ini.






No comments:

Post a Comment