Sunday, June 7, 2009

Ekspedisi Berkayak Mengelilingi Pulau Tuba, Langkawi


Gerakan Belia 4B (M) Taman Guru Jaya dengan kerjasama Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan Sbrg. Ramai, Majlis Belia Malaysia dan Pemuda UMNO Bhg. Kangar (Biro Belia & Sukan) akan menganjurkan Ekspedisi Berkayak Mengelilingi Pulau Tuba, Langkawi atau nama singkatan Programnya "Tuba Island Challenge '09" pada 12- 14 Jun 2009.
Program ini telah menarik minat para belia seramai 70 orang dan akan disertai juga oleh YAB Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad selaku Ahli Parlimen Kangar.
Beberapa orang pemimpin belia lain juga akan turut menyahut cabaran ini.
Ekspedisi yang julung kali dianjurkan ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, kerjasama serta meningkatkan keutuhan jati diri.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis juga turut memberi sokongan padu ke atas perlaksanaan program ini.

Monday, May 11, 2009

Pelancaran Minggu Belia 2009







Pelancaran Minggu Belia 2009 yang berlansung pada 2hb Mei yang lalu begitu meriah dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Seramai 5,000 Belia telah terlibat secara lansung dalam hari pelancaran yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kecenderungan belia antaranya "Battle of the Band" anjuran MAYC, Pertandingan Pidato anjuran MAYC , Pertandingan Kawat Kaki untuk badan beruniform, Pertandingan Nasyid, Drift dan bermacam-macam lagi.

Seramai 50 peserta daripada kedua-dua persatuan iaitu Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan dan Gerakan Belia 4b(M) Taman Guru Jaya telah melibatkan diri dalam sambutan tersebut. Walaupun hujan lebat, ternyata belia-belia berwawasan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara-acara menarik.

Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi telah dilancarkan oleh YAB Datuk Ahmad Shaberi bin Cheek iaitu Menteri Belia dan Sukan.

Program Jatidiri Belia 2009: Bukti Penganjuran Bersama Yang Berkesan







Menjelang Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan dan Minggu Belia Negara yang bermula pada 2hb Mei 2009 telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Seramai 90 orang peserta termasuk pegawai penganjur terlibat dalam program ini. Program ini telag di adakan di Taman Negara Gua Kelam, Perlis.

Program yang melibatkan kerjasama dua persatuan belia iaitu Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan dan Gerakan Belia 4B (M) Taman Guru Jaya membuktikan yang kerjasama antara persatuan belia perlu bagi mengutuhkan perpaduan.

Antara program-program tersebut adalah:
a. Ceramah berkenaan Jatidiri Belia di kalangan Bangsa Melayu.
b. Program Trekking Gua Kelam.

c. Absailing.

d. Flying Fox

Thursday, March 12, 2009

Karnival Futsal I-Metro Zon Utara




Karnival Futsal I-Metro Zon Utara akan diadakan pada 14-15 Mac ini di D'Futsal Center Bt 2, dan untuk makluman semua, pasukan Belia 4B Taman Guru Jaya telah tersenarai selepas undian yang diadakan pada hari Rabu, 12 Mac 2009. Pasukan Belia TGJ A dan B akan mula beraksi pada sesi pagi, hari Ahad, 15/3/2009 yang mana Belia TGJ A berada dalam kumpulan 12 - Padang B dan Belia TGJ B berada dalam kumpulan 13 - Padang C. Jadual penuh boleh dilayari melalui pautan http://www.hmetro.com.my/metroFutsal/kUtara.

Saturday, March 7, 2009

Aktiviti Semasa: Mac 2009



Gerakan Belia 4B TGJ telah menghantar 2 pasukan futsal remaja yang terdiri daripada pelajar berumur dari 15 thn ke 18 thn menyertai Kejohan Futsal Terbuka Figos yang bertempat di D'Futsal Centre, Kangar. Kejohanan ini adalah sebahagian daripada "drill' bagi mendedahkan mereka di kejohanan elit agar mereka lebih bersedia dan berpengalaman. Kedua - dua pasukan gagal melayakkan diri ke pusingan kedua, tetapi kejituan, semangat serta disiplin mereka harus dipuji. Kejohanan yang berlangsung pada 7 & 8hb Mac 2009 adalah kejohanan pertama disertai oleh Belia TGJ.

Minggu hadapan mereka akan beraksi lagi tetapi kali ini dengan pasukan yang setanding mereka di Kejohanan Futsal Terbuka Harian Metro, peringkat Zon Utara yang juga diadakan di D'Futsal Centre, Kangar. Dua pasukan juga dihantar kali ini iaitu Belia 4b TGJ A & B dalam kategori remaja bawah 17 tahun dan diharap mereka akan beraksi dengan lebih baik pada kali ini.






Wednesday, March 4, 2009

Senarai Baru Gerak Kerja Belia 4B caw. Taman Guru Jaya (2007-2010)

GERAKAN BELIA 4B (M) CAWANGAN TAMAN GURU JAYA
SENARAI NAMA JAWATANKUASA

KETUA: AHMAD FARID KAMARUDIN
NAIB KETUA: IRWAN FAHMI ANUAR
KETUA PENERANGAN: SAADIAH BINTI BAKAR
SETIAUSAHA: SYED AMIR FATIR SYED AKHIR
BENDAHARI: MOHD. KHAIRIL NIZAR RIZUAN

AJK:
  • NORAZMI CHE ANI
  • AHMAD FARID HUSNI
  • SAIFUL RIZAL LEN
  • JUSNIZAR ABD. GHANI
  • MOHD SHAHNAZ KAMAR
  • NORAZWANIE AMINUDDIN
  • SHAHRIMAN FIRDAN
  • NORSHAHNIZA SAHRIN
  • ROOHI FUZAIMI JASNI

PEMERIKSA KIRA-KIRA:

  • FARAH ASHIKIN KADRI
  • KHARUDIN HASHIM