Monday, May 11, 2009

Pelancaran Minggu Belia 2009







Pelancaran Minggu Belia 2009 yang berlansung pada 2hb Mei yang lalu begitu meriah dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Seramai 5,000 Belia telah terlibat secara lansung dalam hari pelancaran yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kecenderungan belia antaranya "Battle of the Band" anjuran MAYC, Pertandingan Pidato anjuran MAYC , Pertandingan Kawat Kaki untuk badan beruniform, Pertandingan Nasyid, Drift dan bermacam-macam lagi.

Seramai 50 peserta daripada kedua-dua persatuan iaitu Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan dan Gerakan Belia 4b(M) Taman Guru Jaya telah melibatkan diri dalam sambutan tersebut. Walaupun hujan lebat, ternyata belia-belia berwawasan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara-acara menarik.

Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi telah dilancarkan oleh YAB Datuk Ahmad Shaberi bin Cheek iaitu Menteri Belia dan Sukan.

Program Jatidiri Belia 2009: Bukti Penganjuran Bersama Yang Berkesan







Menjelang Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan dan Minggu Belia Negara yang bermula pada 2hb Mei 2009 telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Seramai 90 orang peserta termasuk pegawai penganjur terlibat dalam program ini. Program ini telag di adakan di Taman Negara Gua Kelam, Perlis.

Program yang melibatkan kerjasama dua persatuan belia iaitu Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan dan Gerakan Belia 4B (M) Taman Guru Jaya membuktikan yang kerjasama antara persatuan belia perlu bagi mengutuhkan perpaduan.

Antara program-program tersebut adalah:
a. Ceramah berkenaan Jatidiri Belia di kalangan Bangsa Melayu.
b. Program Trekking Gua Kelam.

c. Absailing.

d. Flying Fox