Monday, May 11, 2009

Pelancaran Minggu Belia 2009







Pelancaran Minggu Belia 2009 yang berlansung pada 2hb Mei yang lalu begitu meriah dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Seramai 5,000 Belia telah terlibat secara lansung dalam hari pelancaran yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kecenderungan belia antaranya "Battle of the Band" anjuran MAYC, Pertandingan Pidato anjuran MAYC , Pertandingan Kawat Kaki untuk badan beruniform, Pertandingan Nasyid, Drift dan bermacam-macam lagi.

Seramai 50 peserta daripada kedua-dua persatuan iaitu Persatuan Belia Wawasan Anak Nelayan dan Gerakan Belia 4b(M) Taman Guru Jaya telah melibatkan diri dalam sambutan tersebut. Walaupun hujan lebat, ternyata belia-belia berwawasan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara-acara menarik.

Program yang bermula seawal jam 10.00 pagi telah dilancarkan oleh YAB Datuk Ahmad Shaberi bin Cheek iaitu Menteri Belia dan Sukan.

No comments:

Post a Comment